Tazkirah Ramadhan (8) Mengejar Ilmu

Bismillah wa Alhamdulillah

Ramadhan yang hadir sewajarnya dijadikan pemangkin untuk mendalami ilmu. Jiwa yang dilentur dengan ibadah puasa menjadikannya lebih lazat untuk mendakap ilmu khususnya ilmu agama. Jangan biarkan diri kita lapar dan haus dengan limpahan ilmu. Biarlah perut dan poket kita kosong, tetapi hati dan rohani kita subur dengan benih-benih ilmu.

Inilah peluang untuk kita menggagahkan diri mentadabbur intipati Al-Qur’an ketika bertadarrus. Memahami apa yang tersurat dan tersirat disebalik keindahan ayat-ayat suci Al-Qur’an. Benar, setiap kali kita membaca dan memahami Al-Qur’an, ia membuka lebih luas ufuk pemikiran sehingga kita tidak rasa jemu untuk terus membaca Al-Qur’an.

Alhamdulillah, hari ini pelbagai kitab Tafseer telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu bagi memudahkan pembacaan dan pemahaman kita. Tafseer Ibnu Kathir, Tafseer Fi Zilaalil Qur’an, Tafseer Al-Qurthubi dan Tafseer Al-Munir semuanya telah diterjemah dan dipasarkan untuk bekalan pembaca. Apatah lagi, kitab-kitab Sunnah dan pelbagai ilmu turath yang lain.

Apa yang penting ialah pembudayaan amalan membaca, mengkaji dan menulis mestilah diperkasakan. Ini cukup penting bagi membina ketamadunan Islam yang baru. Bukankah dulu kita pernah berbangga segala invensi sains dan teknologi dipelopori oleh orang Islam? Marilah kita mencipta masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang dengan membentuk persekitaran ilmu dan solehah di institusi pendidikan ini.

Sepertimana meminjam kata-kata Imam Al-Ghazali,

Tujuan pendidikan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah, bukan pangkat dan bermegah-megah“.

Apabila anda mengadakan penyelidikan terhadap ilmu, pasti anda akan melihat kelazatan pada ilmu tersebut. Oleh itu, dorongan mempelajarinya adalah kerana ilmu itu sendiri

 

Posted on August 12, 2011, in Artikel and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: