Tazkirah Ramadhan (9) Recharge Ramadhan

Bismillah wa Alhamdulillah

Sepuluh Ramadhan telah berlalu pergi. Ia tak akan kembali hingga kita bertemu lagi pada tahun hadapan. Bagi orang yang beriman, mereka terlalu asyik dan pesona menunaikan ibadah kerana semakin hari semakin merasai natijah kemanisan iman, ilmu dan amal. Manakala, bagi sebahagian yang lain, mereka hanyut kerana gagal menghayati keunikan Ramadhan yang penuh dengan ganjaran mulia di sisi Allah SWT.

Marilah kita mengamalkan do’a Rasulullah SAW,

Ya Allah, jadikanlah hayatku ini sebagai nikmat yang mampu digunakan untuk menambah segala amal kebaikan dan jadikanlah kematianku untuk aku berehat dari segala kejahatan(Riwayat Muslim)

Mari kita lebih bersungguh memanfaatkan Ramadhan. Biarlah letih yang sementara sebelum merasai kesenangan yang berpanjangan. Oleh itu, dua puluh hari berbaki kita harus recharge semula stamina diri agar lebih aktif dan proaktif dalam beramal. Basahkanlah lidah dengan perbanyakkan zikir, ringankanlah tangan dengan menghulurkan sedekah, lapangkanlah hati dengan alunan Al-Qur’an dan teguhkanlah diri dengan mujahadah.

Moga-moga kita sentiasa meluruskan niat, mengikhlaskan diri kepada Allah. Mudah-mudahan amalan yang ikhlas tidak menjadi debu yang bertebangan di akhirat nanti.

 

Posted on August 12, 2011, in Artikel and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: