Tazkirah Ramadhan (5) – Jom Bangun Malam

 

Bismillah Ar-Rahmaan Ar-Raheem

Alhamdulillah.

Perihal bangun malam ini disebut oleh Allah SWT secara jelas dan tuntas dalam Al-Qur’an khususnya menerusi Surah Al-Muzzammil. Mari kita lihat maksudnya ;

Wahai orang yang berselimut \ Bangunlah (untuk solat) di malam hari kecuali sedikit dsripadanya \ Iaitu seperduanya atau kurang dari seperdua itu \ Atau lebih dari seperdua itu, dan bacalah Al-Qur’an dengan perlahan-lahan \ Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat \ Sesungguhnya di waktu malam lebih tepat (untuk khusyu’) dan bacaan pada waktu itu lebih berkesan \ Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang banyak \ Sebutlah nama Tuhanmu dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan \” (Surah Al-Muzzammil : 1-8)

 

Kita akan dapat merasai ketenangan dan ketenteraman hati yang sukar nak digambarkan sekiranya kita solat dengan penuh ikhlas di malam hari. Bisikkanlah dan mengadulah pada-Nya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Rasulullah SAW memotivasikan kita dengan sabdanya,

Sesiapa yang menghidupkan malam pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan kesedaran diampunkan baginya dosa-dosa yang lalu” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Isteri baginda yang mulia, ‘Aishah pernah berpesan kepada sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW, agar sentiasa menghidupkan malam dengan melakukan ibadah kepada Allah. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya walau dalam keadaan uzur.

 

Saya kongsikan beberapa tips untuk mudah bangun malam ;

 

Imam Al-Ghazali menyarankan empat perkara iaitu ;

 

a) Tidak terlalu banyak makan dan minum

 

b) Kurangkan kegiatan yang menyebabkan rasa lemah fizikal dan emosi

 

c) Menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang haram

 

d) Peruntukkan waktu untuk tidur sebentar

 

Berazamlah bersungguh-sungguh untuk bangun malam. Ia bersandarkan kepada satu hadith Rasulullah SAW,

Barangsiapa yang hendak tidur, lalu berniat untuk bangun bertahajjud, kemudian beliau tidur sehingga ke siang hari, maka dicatatkan satu pahala kerana niatnya, manakala tidurnya dianggap satu kurnia dari Allah SWT” (Riwayat An-Nasaie dan Ibnu Majah)

 

Mari kita mencuba!

 

Posted on August 5, 2011, in Artikel. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: