Tazkirah Ramadhan (4) – Ithar dan Banyak Memberi

 

Bismillah Ar-Rahmaan Ar-Raheem

Alhamdulillah.

Ithar itu adalah mengutamakan orang lain. Di bulan Ramadhan ini kadang-kadang kita terlupa keadaan orang lain. Lauk pauk di rumah ada bermacam-macam jenis. Malangnya, jiran kita hanya makan dua jenis lauk bersama anak-anaknya yang ramai. Tidakkah kita teringin nak memberikan sedikit juadah kepada jiran kita itu?

Ada masanya kepentingan kita terpaksa dikorbankan demi untuk mengutamakan orang lain. Sebutnya mudah bukan? Tapi, aplikasinya agak berat. Tapi, itulah pujian yang Allah iktiraf kepada golongan Ansar yang sanggup mengutamakan golongan Muhajirin walaupun mereka sendiri dalam keadaan payah.

….dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan sesiapa yang dipelihara daripada kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung” (Surah Al-Hasyr : 9)

 

Ramadhan mendidik kita supaya belajar merendah diri dan belajar menyelami kesusahan orang lain. Ia menjadikan kita supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita. Di situ, sifat qana’ah pun muncul. Amat sayu hati bila melihat orang lain amat susah untuk menikmati hidangan ayam tapi kita sampai terbuang lauk yang dimasak atau dibeli itu.

Apakata marilah kita mengambil peluang di bulan Ramadhan ini dengan memperbanyakkan sedekah dan memberi. Jika ada duit lebih tol dan isi minyak hari ini, bahagikanlah sedikit kepada yang lebih memerlukan. Tak perlu masuk tabung untuk Ramadhan kali ini. Yakinlah, banyak kita memberi, banyak yang akan digantikan Allah dan semestinya ia lebih baik.

Jangan kita mengharapkan ucapan terima kasih dari orang lain. Lakukan dengan niat yang penuh ikhlas kerana Allah. InsyaAllah, hidup kita akan lebih bermakna jika kita banyak memberi. Jadikanlah kita tangan yang memberi daripada tangan yang meminta.

 

Posted on August 5, 2011, in Artikel. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: