Tazkirah Ramadhan (3) – Peluang Upgrade Solat

Bismillahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillah, bila berpuasa kita dapat upgrade solat menjadi lebih baik. Masih belum terlewat untuk memperbaiki amalan yang penting ini!

Rasulullah SAW pesan kepada kita bahawa solat merupakan amalan pertama yang akan disoal oleh Allah di Akhirat nanti. Jika baik solat kita, insyaAllah yang lain semuanya lulus. Jika sebaliknya, masyaAllah…

Beberapa perhatian penting untuk upgrade solat ;

  1. Solat di awal waktu teutamanya Subuh dan ‘Isyak
  2. Solat berjama’ah di surau atau masjid atau mengambil kesempatan menunaikannya bersama keluarga.
  3. Penambahan solat-solat sunat (Solat Dhuha, Solat Rawatib)
  4. Solat Tahajjud

Solat tercacat jika kita tidak khusyu’. Mari kita kongsi tips untuk mengkhusyu’kan solat daripada pesanan Imam Al-Ghazali ;

Hudhur Qalbi – Hadirkan hati ke dalam solat. Putuskan hubungan dengan dunia buat sementara waktu.

Fahmu – Memahami semua bacaan dalam solat. Faham dan hayati dengan baik.

Ta’zimullah – Mengagungkan Allah. Kita ini hamba sahaja. Bila sujud di depan Allah, semuanya sama. Semua milik kita adalah pinjaman dari Allah.

Haibah – Rasa gerun boleh muncul jika kita dapat mengamati kuasa dan kehendak Allah. Pelbagai amaran Allah telah ditunjukkan, tidakkah kita berasa kerdil?

Raja’ – Mengharap semata-mata kepadaNya. Dialah tempat bergantung, Dialah tempat berharap. Minta tolong daripada Allah agar setiap saat dipandu oleh petunjukNya.

Haya’ – Kita pijak bumiNya. Berteduh dibawah langitNya. Makan dan minum dari rezekiNya. Menyedut udara milikNya.

Tidakkah kita berasa malu jika tidak mengikut perintahnya?

Ayuh, ini peluang kita! Ramadhan, bulan transformasi diri. Mari kita upgrade solat.

p/s – Ops, jangan Solat Subuh 4 rakaat pulak sebab nak upgrade solat!

 

Posted on August 5, 2011, in Artikel. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: