Tazkirah Ramadhan (1) : Puasa dan Taqwa

Allah SWT berfirman yang bermaksud,

‘Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sepertimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa(Surah Al-Baqarah : 183)

Alhamdulillah, doa yang kita selalu sebut dan hayati menjelang Rejab (Ya Allah, sampaikanlah aku pada bulan Rejab,, Sya’aban dan Ramadhan) akhirnya telah dimakbulkan Allah. Tidak putus-putus kita berdoa kerana kita faham dan yakin bahawa Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan kerahmatan, kasih sayang Allah, kemanisan dan keampunan. Bulan yang ditunggu-tunggu sebagai turning point ke arah hidup yang lebih baik.Puasa merupakan salah satu rukun Islam dan Syari’at Allah. Daripada ayat diatas, disepakati bahawa puasa itu wajib kepada semua melainkan beberapa keringanan yang diberikan kepada individu-individu yang tertentu. Daripada amalan berpuasa, mudah-mudahan kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Apa yang dimaksudkan dengan Taqwa? Sayyidina ‘Umar Al-Khattab RA pernah bertanya kepada sahabatnya mengenai taqwa. Sahabatnya mengkiaskan, taqwa itu umpama kamu berjalan di atas jalan yang penuh dengan duri dalam keadaan berjengket-jengket. Ini menunjukkan betapa kita berasa berhati-hati untuk melakukan apa sahaja tindakan kerana bimbang melakukan apa yang dilarang oleh Allah SWT.

Sayyidina ‘Ali KWJ juga berkata. Taqwa itu adalah takutkan Rabbul Jalil, beramal dengan At-Tanzil (Al-Qur’an), bersiap sedia menuju kematian dan bersifat qana’ah walaupun sedikit.

Ulama’ bersependapat bahawa taqwa merupakan rasa takut dalam diri hamba Allah dengan melakukan segala apa yang diperintahkan oleh Allah dan tidak melakukan apa yang dilarang olehNya.

InsyaAllah marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar DIA memberi keampunan kepada kita semua atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini. Jangan bimbang kita masih lagi belum terlewat untuk berundur dan mengkoreksi diri menjadi insan yang soleh dan solehah.

Sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud,

Katakanlah (Wahai Muhammad), Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas (dengan melakukan maksiat dan kemungkaran), janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah, sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu semuanya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang”

Subhanallah, kasihnya Allah pada kita semua. Marilah, jadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna!

 

Posted on August 2, 2011, in Artikel. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: