Tazkirah Ramadhan (2) – Panas Terik dan Kesabaran

Malam semalam berpeluang menghayati alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an dari Syeikh Jibril ketika mengimamkan solat Tarawih di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Syahdu dan menenangkan. Antara bacaannya (maksud firman Allah),

Dan mohonlah bantuan pertolongan (daripada Allah) dengan sabar dan sembahyang“.

Iya, sabar dan solat menjadi key points yang utama dalam memaknakan puasa di bulan Ramadhan. Ramadhan itu berasal dari perkataan ‘Ramadh’ yang bermaksud panas terik. Bukankah dalam suasana panas yang menyengat, kita terlalu dahaga dan letih? Namun, disebabkan kita beriman dan bersabar, ibadah puasa dapat dijalani dengan penuh keinsafanMenurut Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali, puasa dapat diklasifikasikan kepada tiga peringkat.

Pertama, Puasa ‘Awwam iaitu mereka yang berpuasa dengan hanya menahan diri daripada makan, minum dan syahwat kemaluan.

Kedua, Puasa Khusus iaitu mereka yang berpuasa dengan menahan diri daripada makan, minum, syahwat kemaluan serta memelihara anggota badan daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa atau mendatangkan dosa.

Manakala, puasa peringkat ketiga iaitu Puasa Khasasil Khusus iaitu mereka yang bukan hanya dapat menahan yang zahir malah mampu menundukkan hati daripada perkara-perkara keduniaan dan melalaikan.

Mudah-mudahan kita semua mendapat dapat mengutip pahala yang banyak dan bukan hanya menahan lapar dan dahaga semata-mata. Amat rugi kalau begitu.

Ayuh semua, marilah kita memaknakan puasa. Berusahalah dengan segigihnya agar Ramadhan kali ini lebih bermakna!

 

Posted on August 2, 2011, in Artikel. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. subhanallah…Bulan Ramadhan adalah bulan penuh kesabaran..
    nice post sobat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: