Kehangatan Bersama Ilmu

Duduk bersama orang yang membuat ‘atar (perfume) kita akan tercalit dengan wangiannya. Manakala, jika duduk bersama orang menukul besi, kita akan terpecik apinya. Begitulah persekitaran begitu kuat mempengaruhi kita.

Apabila bergaul dengan rakan-rakan niaga, dollar and cents menjadi topik perbualan. Macam-macam. Dari periuk nasi sendiri hinggalah periuk nasi orang lain sentiasa menjadi bahan perbincangan.

Sabtu lepas, saya berpeluang mendengar talk seorang CEO yang berkecimpung dalam kepelbagaian bisnes. Tapi, fokus kepada Malaysian Hospitality. Sungguh menarik terutama penekananya berkenaan Economic Driven Economy and Supply Driven Economy.

Kunci kata yang utama adalah INNOVATION. Impresif dan bermotivasi.

Begitu juga kalau kita bergaul dengan orang-orang yang mengajar dan menuntut ilmu. Sejuk mata memandang melihat kawan-kawan membuka buku, menulis, menaip, membaca, berdiskusi dan membuat pelbagai latihan untuk memahami sesuatu ilmu yang dihidangkan.

Kita merasai kehangatan ilmu disekeliling kita. Ada sahaja maklumat baru, buku dan program-program ilmiah untuk disertai. Mabuk dengan ilmu tidak mengapa. Bilik yang penuh dengan bahan bacaan bermanfaat dan kegigihan ke perpustakaan untuk menelek pelbagai karya agung dari mereka yang ikhlas mewaqafkan diri dalam budaya ketamadunan ilmu.

Dalam pencarian memburu ilmu, jangan abaikan peranan musyrif, murabbi, mentor dan coach. Ia cukup penting. Bergurulah dari mereka yang ahli dan pakar. Bertanyalah jika tidak faham kerana ia merupakan kunci kepada pengetahuan. Berdampinglah sehingga hati tenang menghadami titip-titip kata.

Saya teringin sangat untuk pergi ke Madinah, Makkah, Mesir, Jordan, Syria dan negara-negara Eropah untuk mendalami ilmu. Saya menghidu bau helaian dari kitab-kitab agama untuk dihirup serta diratah. Ia memang dapat menundukkan nafsu terhadap secawan kopucino di Nu’in.

Posted on July 27, 2011, in Santai and tagged , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. Semoga Allah permudahkan urusan ustaz mior…Allahumma aminn..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: