Kisah Keluarga Buta Menghilangkan Masalah Saya

Sepanjang tiga hari ini, hidup saya diuji pelbagai masalah. Terpaksa membiarkan satu ‘benda’ pergi demi mencari kebaikan yang lebih besar. Terlalu dalam memikirkan masalah sehingga saya mengabaikan tugasan asasi yang lain. Maaf jika ada teman-teman yang dizalimi kerana kejahilan dan kebodohan saya.

Pagi tadi saya bersarapan di food court KL Sentral. Ketika menghirup secawan teh tarik, saya ternampak sepasang suami isteri buta bersama anaknya yang comel bertudung litup. Mungkin empat tahun agaknya. Mesra menjamah makanan yang terhidang di atas meja. Si suami mengusap kepala anaknya yang menyedut 100 Plus. 

Terdetik rasa terharu di hati saya. 

Mereka entah dari mana bersarapan di KL Sentral. Mungkin dalam permusafiran menuju ke sesuatu destinasi. Orang buta hilang nikmat penglihatan tapi mungkin tidak hilang pandangan mata hati. Malah, hatinya lebih bersih. Mereka juga hidup seperti saya. Mencari erti hidup dalam dunia sementara menunggu malaikat mencabut nyawa. Masalah yang mereka hadapi dalam kehidupan seharian sesuai dengan situasinya. 

Jika kita melihat orang setaraf atau lebih rendah daripada kita, ia mengajar erti keinsafan dan mengenali diri. Sebaliknya, jika kita suka melihat orang yang jauh lebih tinggi taraf hidup daripada kita, kadang-kadang kita seringkali rasa tidak cukup. Rasa qana’ah ghaib dalam jiwa hamba. 

Oleh sebab itu, bukan hanya mendapat nikmat, jika kita ditimpa bala sekalipun, disaran untuk mengucapkan syukur kepada Allah. Pelikkan? 

Contohnya, kita ditimpa kemalangan kecil. Kita boleh mengucapkan syukur Alhamdulillah sebab Allah hanya menguji dengan kemalangan kecil, tidak kemalangan serius atau mungkin kehilangan nyawa. 

Marilah kita sentiasa bersyukur. Beristighfarlah jika terlanjur. Saling hulurkan maaf tanda kerdilnya diri disisi Allah. Berkasih sayanglah sesama manusia. Jangan sombong dan bangga diri. Ingat, riya’, ‘ujub, sum’ah, takabbur, hubbul maal merupakan penyakit hati. Munajatlah kepada Allah. Bisiklah kepadaNya, DIA Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.

Dan mohonlah ampun kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang– An-Nisa’ : 106  

Posted on July 16, 2011, in Santai. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: