Rezeki Halal dan Berkat Itu Sangat Penting

Jika kita melihat anak-anak muda terutamanya pelajar-pelajar sekolah yang berkelakuan liar, apakah sebabnya?

Jika kita setiap bulan pening gaji sentiasa tak cukup atau duit mudah hilang, apakah sebabnya?

Jika hati kita tidak merasai kemanisan beribadah dan tidak benci melakukan maksiat, apakah puncanya?

Saya tidak menolak kemungkinan, semuanya itu boleh berpunca daripada sumber rezeki khususnya wang ringgit yang kita perolehi tidak diberkati oleh Allah SWT.

Saya, saudara, saudari, ibu, ayah dan kita semua yang bekerja pagi hingga malam untuk mencari duit belanja setiap bulan akan terasa amat-amat rugi sekiranya, semua duit ringgit yang kita perolehi tidak dipandang mulia di sisi Allah.

Mari kita berfikir sejenak.

Kita percaya rezeki kita dari sumber yang halal insyaAllah sebab kita tidak bekerja di tempat-tempat yang haram, tidak melakukan kerja-kerja yang haram dan tidak bersyubahat dalam perkara-perkara yang haram.

Namun, dalam ke’halal’an yang kita fikirkan itu, adakah ia benar-benar berkat? Adakah pengurusan kerja yang kita lakukan itu selari dengan tuntutan Islam?

Contohnya begini. Kita berkerja dalam sebuah syarikat. Kita menggunakan harta syarikat sewenang-wenangnya macam harta kita sendiri. Kemudian, kos penggunaan peribadi ditanggung pula oleh syarikat.

Contoh yang lain, kita tidak pergi ke pejabat tanpa alasan yang kukuh. Kita bercuti kerana malas, dan kita tidak menyiapkan semua kerja yang diberikan. Dalam erti kata lain, kita tidak amanah. Maka, adakah mungkin hasil kerja yang kita lakukan itu merupakan sumber yang halal lagi berkat? Bukankah sikap tidak amanah itu salah satu ciri munafik?  

Teman-teman sekalian. Kita mendapat duit gaji setiap hujung bulan. Alangkah gembiranya kita! Duit itu kita gunakan untuk membeli makanan, minuman, barang-barang keperluan diri dan keluarga. Duit itu juga digunakan untuk membeli susu anak kita yang masih kecil.

Di akhirat nanti, semuanya itu akan dihitung. Umur, masa, tenaga dan duit semuanya akan ditanya Allah. Jika berkenaan dengan harta, Allah akan tanya dari mana sumbernya dan ke mana ia dibelanjakan. Susah teman..

Marilah kita berhijrah. Hijrah daripada perbuatan kita yang buruk kepada yang baik. Masih terbuka rahmah Allah untuk menerima taubat kita. Jika tidak sukakan kerja tersebut, berhenti, dan carilah kerja yang lebih baik dan secocok dengan jiwa kita. Mudah-mudahan kesilapan kita yang lama dapat diperbaiki.

Allah SWT berfirman (maksud) ;

Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas, janganlah berputus asa dengan rahmat Allah, sesungguhnya Allah akan mengampunkan semua dosa-dosa (hambaNya), sesungguhNya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih

Teman-teman yang dirahmati Allah,

Allah SWT berfirman (maksud) ;

Katakanlah, siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Katakanlah Allah

Rezeki itu milik Allah. Hidup kita ketentuan Allah. Marilah kita penuhi hak-hak Allah dan bertaqwa dengan sebenar-benarnya. Mudah-mudahan Allah melorongkan jalan keluar daripada kesulitan yang kita tempuhi. Bersangka baiklah dengan Allah.

InsyaAllah, marilah kita memilih jalan yang lebih baik lagi diredhai oleh Allah. Apalah lagi yang lebih berharga daripada redha Allah?

Posted on July 13, 2011, in Artikel. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: