Kita, Hari Ini dan Tamadun

Tamadun. Peradaban. Civilization.

Adakah ianya penting? Adakah perlu kita mempelajari sesuatu disebalik Tamadun?

Adakah kita mengejar sesuatu untuk mencipta Tamadun?

Tengahari tadi saya mencari garis masa sejarah Tamadun sebab saya ingin mengetahui dimana kedudukan kita pada hari ini dan apakah zaman yang hebat sehingga mampu melahirkan sesuatu kebaikan untuk rakyat dan negara.

Kadang-kadang saya terfikir kita semua menyedari ilmu ketamadunan dan sejarah Tamadun itu sendiri?

Saya ingin kompromikan beberapa definisi Tamadun yang diperolehi daripada kamus Oxford, New World Encyclopedia, pandangan Samuel T. Hutinggton, Ibnu Khaldun dan lain-lain.

Asasnya mudah iaitu berkenaan bandar dan rakyat. Maksudnya, apakah ciri-ciri bandar dan rakyat yang ideal dalam kehidupan sehingga ia menjadi sebuah Tamadun yang hebat.

Beberapa ahli arkelogis mendefinisikan Tamadun berdasarkan kepada jenis kehidupan. Jika seseorang itu hidup di bandar dan mencari sumber makanan daripada bercucuk tanam, maka ia layak digelar bertamadun. Sebaliknya, orang yang hidup nomad dan di luar bandar, maka ia tidak bertamadun.

Ada juga yang memaknakan Tamadun dengan sikap dan sifat manusia. Kalau seseorang itu mempunyai elok budi pekerti, maka ia seorang yang bertamadun. Tapi, jika sifatnya seperti barbaric, maka ia bukan seorang yang bertamadun.

Tamadun atau Peradaban diekstrak dalam bahasa Arab.

Tamadun daripada kata kerja maddana dan kata terbitan madani. Kedua-duanya bermaksud bandar dan keelokan budi pekerti. Malah, kesemuanya itu diambil daripada kata akar Deen yang bermaksud kehidupan beragama.

Maknanya, Tamadun menunjukkan kepesatan fizikal dan dalam masa yang sama rakyatnya mempunyai budi pekerti yang tinggi.

Begitu juga maksud Civilization daripada bahasa Latin yang merujuk kepada civilis iaitu citizen dan civitas yang bermaksud city or city state.

Bapa sosialogis, Ibnu Khaldun mentakrifkan Tamadun sebagai ‘Umran. Ia juga bermaksud pembangunan fizikal, budaya, ilmu, dan kualiti hidup seseorang.

Apa yang membimbangkan kita ialah jika sebuah negara mencapai tahap kemajuan yang pesat, adakah rakyat mempunyai budi pekerti dan nilai hidup yang mulia? Jika ini berlaku maka akan runtuhlah sebuah peradaban.

Kembali kepada Garis Masa Tamadun.

Terdapat teori yang mengatakan bahawa kehidupan Zaman Batu dan Zaman Paleolitik tidak sepertimana gambaran yang kita pelajari dalam subjek Sejarah di sekolah menengah. Malah, ia bukan asas zaman yang betul.

Maka, jika kita ingin memahami garis masa yang tepat, maka kita kena rujuk sirah para anbiya’ bermula daripada Nabi Adam A.S sehinggalah zaman Rasulullah SAW dan umatnya yang hidup pada hari ini.

Walaubagaimanapun, saya ingin ajak kita tonton video clip ini,

http://www.youtube.com/watch?v=FmRTsdFWFY&feature=related

 

Posted on June 28, 2011, in Artikel. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: