Bapa dan Harinya

Semalam, saya dapat ucapan Hari Bapa daripada beberapa orang kawan. Saya ucapkan terima kasih. Tiada apa-apa sambutan dan perayaan. Anyway, ia satu penghargaan. Saya pun tersenyum. Umur meningkat dewasa dan membawa dekat ke alam kematian. Ya Allah, moga kematian kita husnul khatimah.

Saya melawat beberapa forum di internet dan menonton beberapa rancangan televisyen. Pembawaan mesej untuk hargai jasa seorang ayah cukup banyak. Alhamdulillah. Keringat dan perhatian seorang bapa kepada keluarga terlalu tinggi. Tiada yang boleh menafikannya. Saya berharap diri saya dan sesiapa yang membaca perkongsian ini pun mahu menjadi seorang bapa, ayah, abi, walid dan daddy yang mithali. Ameen.

Saya berkongsi kegembiraan dengan abang saya. Hari bapanya sangat bermakna. Beliau mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang dan mendapat cahayamata kedua. Tahniah dari saya sekeluarga. Hari bapa bagi saya adalah menjaga anak saya yang terkena demam campak. Kesian saya melihat anakanda Syifa’ Sulaym.

Al-Qur’an mengajar kita supaya mentaati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Malah, Allah memberikan contoh khusus mengenai kisah Luqman yang mendidik dan menasihati anaknya supaya patuh kepada ajaran agama.

Mari kita lihat ayat berikut;

“Dan ingatlah ketika kami mengambil janji (daripada Bani Israel), janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat dan anak-anak yatim…” (Al-Baqarah : 83)

“Katakanlah, marilah aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhanmu; janganlah kamu mempersekutukan sesuatu denganNya, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan…” (Al-An’aam : 151)

Subhanallah! Allah menyusun arahan supaya berbuat baik kepada ibu bapa selepas larangan syirik kepada-Nya. Sungguh besar amanah ini.

Saya dibesarkan oleh abah dan ibu. Selain pengorbanan ibu, didikan abah sangat berharga.

Abah bekerja pagi, petang dan malam untuk menyara keluarga. Saya melihat sendiri bagaimana kegigihan abah saya bekerja, membeli rumah dan kereta untuk kami. Tak pernah berhenti membanting tulang semata-mata mencari nafkah atas kewajiban agama. Alhamdulillah, sehingga hari ini abah masih hidup dan melihat saya dan adik beradik yang lain membesar hasil didikannya yang cukup sabar dan ikhlas.

Saya mendengar di corong radio. Ramai orang di luar sana melahirkan rasa terima kasih dan hiba atas pengorbanan bapa. Jika bukan kerana kemarahan, pukulan dan ketegasan ayah, mereka tidak akan berada ditempat mereka hari ini.

Kongsilah cerita anda dan ayah anda di sini. Moga, kita mendapat ibrah dan perkongsian pengalaman yang cukup bermakna.

Syukur Ya Allah. Terima kasih Abah!  

Posted on June 20, 2011, in Santai. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: