Proses Pengurusan Strategik

Saya bukan orang strategis. Saya tidak tahu pun mengenai kaedah pengurusan dan pemikiran strategik. Saya hanya mengutip beberapa ilmunya, bertanya kepada mereka yang ahli, memerhati corak pemikiran seseorang dan melalui pembacaan.

Sebelum kita berbincang mengenai pengurusan atau pemikiran strategik, saya ingin ingatkan diri saya bahawa asas segalanya adalah bagaimana kita menggunakan akal kita dengan sebaiknya. Akal adalah anugerah Allah SWT. Akal membuatkan kita berbeza dengan manusia. Dalam ilmu mantiq, manusia ialah haiwan yang berkata-kata.

Mari kita lihat dalam Al-Qur’an. Berpuluh-puluh ayat yang diturunkan mengenai akal, fikir dan tadabbur. Antaranya ialah ayat 10 Surah At-Talaaq (Ulul Albab), ayat 37 Surah Qaaf (Zikra) dan ayat 39 Surah Az-Zumar (Ulil Albab). Bahkan, praktikaliti sunnah baginda Rasulullah SAW juga menampakkan bagaimana Rasulullah SAW menggunakan akal yang dibimbing wahyu untuk menyampaikan kalimah Allah SWT.

Saya tidak pasti, apakah buku yang terbaik bagi meningkatkan daya kekuatan berfikir kita. Ketika saya di UIAM, ada sebuah buku yang ditulis oleh Jamal Badi. Cubalah dapatkannya. Sungguh bermanfaat. Banyak lagi teori lain yang dikembangkan oleh tokoh-tokoh yang mahir dalam bidang teknik berfikir. Antara yang popular ialah 6 Thinking Hats.

Baik, kita berbalik kepada perbincangan asas.

Apa yang kita faham mengenai STRATEGI?

Biasanya kita akan menyebut “Kau ni bawak kereta pun berstrategi la“, “Fuyyo, Berbatov tu ada strategi power la“, “banyak betul strategi-strategi musuh untuk lemahkan Islam“. Jadi, apa makna strategi yang sebenarnya?

Takpe, kita abaikan dulu maksud STRATEGI.

Saya ingin berkongsi daripada sebuah buku mengenai proses pengurusan strategi secara ringkas. Ia adalah proses cyclical. Berterusan dan berulang-ulang.

Pengurusan strategi terbahagi kepada 3 iaitu;

  1. Input (data atau informasi) Strategik
  2. Formulasi dan implementasi Strategik
  3. Output atau Hasil Strategik  

Input Strategik

Ia merujuk kepada proses pengumpulan data. Bagi sesebuah organisasi, ia boleh dilakukan melalui dua sumber iaitu melalui persekitaran luar dan melalui organisasi dalaman. Kita mesti analisa kedua-dua sumber tersebut sehingga matang. Jika sudah memahami keseluruhan maklumat tersebut barulah kita boleh membentuk visi dan misi organisasi dengan baik.

Visi, misi dan objektif dibentuk berdasarkan kepada keupayaan kita sendiri. Biar ukur baju di badan sendiri.

Formulasi dan Implementasi Strategik

Selepas kita mempunyai misi dan objektif, mesti ada tindakan yang mesti dilakukan. Kita juga boleh membentuk pelbagai strategi untuk mencapai misi dan objektif. Bahasa mudahnya, saya gambarkan melalui analogi berikut;

Saya ingin pergi ke Shah Alam dari Kuala Lumpur dalam jangka masa 20 minit sahaja. Saya analisa beberapa jalan iaitu Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya DUKE, Lebuhraya KESAS dan Lebuhraya ELITE. Perkara yang saya perlu ambil kira ialah saya mesti efektif dan efisyen. Saya mesti sampai dalam masa 20 minit dengan menggunakan kos yang paling murah.

Jadi, saya petakan beberapa strategi (jalan). Adakah dengan menggunakan kereta atau kenderaan awam. Apakah jalan yang tidak jam? Ada jalan pintas? Bagaimana dengan tol? Daripada perkiraan tersebut, saya boleh atur strategi dengan baik. Kemudian, laksanakan dengan berkesan.

Output atau Hasil Strategik

Hasil yang kita mahukan mestilah mencapai objektif yang digariskan (KPI) atau bottom line, break even dan sebagainya. Biasanya, saya suka untuk mendapatkan hasil yang lain daripada yang lain. Kalau boleh, orang lain tak boleh nak menyamai hasil yang saya dapat. Itulah yang disebut sebagai competetive advantage.

Jadi, STRATEGI ialah “coordinated set of commitments and actions designed to exploit core competencies and gain a competetive advantage”.

Posted on June 14, 2011, in Santai. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: