Tulisan SMS, Tulisan Jawi

Semalam dan hari ini timbul isu mengenai penggunaan tulisan siber atau SMS di sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Contohnya; “How r u?”, “LOL”, “GTG”, “OMG”, “WSM”, “Semekum”, “Aq x dpt gi sek sbb kpl aq png”. Ini antara perkataan-perkataannya.

Hebatnya teknologi memberi bekas/kesan kepada manusia khususnya kanak-kanak dan belia.

Saya terfikir mungkin penggunaan perkataan siber atau SMS itu telah mencemarkan budaya penulisan khususnya penulisan ilmiah hari ini sehingga timbul isu berkenaan.

Cuma saya bimbang mengenai tulisan Jawi. Agak-agaknya, ada tak anak muda yang tak pandai membaca, menulis (atau kedua-duanya) tulisan Jawi.

Err..jangan pula kata, “Jawi tu apa ye?”

Saya tidak ada statistik mengenai kadar literasi keupayaan membaca atau menulis tulisan Jawi.

Tapi, kadang-kadang saya mendengar satu slot dalam Radio HotFM iaitu slot ejaan. Saya tak pasti apa nama sebenar slot tu. Skuad Lebah kot. Pendengar akan menelefon konti dan akan meneka salah satu sampul. Dalam sampul tu ada soalan yang meminta pendengar mengeja perkataan English atau Melayu. Perkataan Melayu dieja dengan Jawi. Ramai jugak yang terkantoi.

Bayangkan kalau ada yang tak reti baca Jawi, boleh dia membaca Al-Qur’an atau matan Hadith?

Tak mustahilkan, orang yang sudah berusia tapi masih tak pandai membaca Al-Qur’an?

 

Posted on June 8, 2011, in Santai. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: