Misi Murni di Maldives

Jika kita googling informasi mengenai negara Maldives, kebanyakkannya adalah mengenai holiday, hotels, dan water activities. Negara yang terletak berhampiran dengan India dan Sri Langka itu dikelilingi dengan lingkaran 1,190 buah kepulauan yang cantik. Tidak hairanlah Maldives dikenali dengan jolokan The Underwater Kingdom.

Ibu Negara Maldives, Male

Saya juga asing dengan negara 95% populasi umat Islam tersebut.  

Ketika sesi ta’aruf untuk pelajar MBA (Mu’amalat) di KUIS tahun lepas, saya berkenalan dengan satu-satunya pelajar antarabangsa iaitu seorang wanita dari Maldives. Beliau sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Gigih dan komited. Hasratnya merantau mencari ilmu. Saya difahamkan sejak level degree lagi, beliau sudah meninggalkan keluarga untuk mendalami ilmu.

Terbang ribuan batu daripada negara republik presiden itu semata-mata untuk menyelongkar khazanah ilmu. Beliau berminat untuk mempelajari ilmu perbankan dan kewangan Islam di salah sebuah institusi pendidikan di negara ini. Alhamdulillah, sekarang beliau sudah berjaya dan kembali terbang ke tanahair untuk memberi khidmat bakti di sana.

Asas yang baik dalam perakaunan membuatkan beliau berada di tahap yang selesa dalam kerjaya. Beliau merupakan salah seorang pegawai kanan di institusi kewangan dan pasaran modal di Maldives. Kalau diikutkan, fungsi institusinya hampir sama dengan fungsi yang dimainkan oleh Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia.

Saya dropped few words in her Facebook wall. Bertanyakan mengenai perkembangan industri perbankan dan kewangan Islam di sana. Jujur, memang beliau berazam untuk bersama-sama para scholars, cabinet members dan corporate players di Maldives untuk bersama-sama membangunkan industri yang sangat cepat berkembang itu.

Alhamdulillah, beliau memaklumkan bahawa Maldives sedang dalam usaha untuk menubuhkan the first full fledged Islamic Bank and Finance. Sekarang, mereka akan senaraikan shares untuk dibeli oleh rakyat (Initials Public Offering). Sangat memberansangkan.

Then, saya cuba mendapatkan beberapa reference news mengenai perkara tersebut. Sila baca informasi di bawah;

http://www.haveeru.com.mv/english/details/31652/Maldives_issues_first_Islamic_bank_license

http://www.saudigazette.com.sa/index.cfm?method=home.regcon&contentID=2008072312480

http://minivannews.com/news-in-brief/maldives-first-islamic-bank-opens-for-business-16875

CONGRATULATIONS!

 

 

Posted on June 6, 2011, in Santai. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: