Menyerah Diri Mencari Sinar

Bismillah. Alhamdulillah.

Saya ingin menulis sesuatu tentang ISLAM hari ini. Sebelum itu, mari kita membaca dan mengandaikan beberapa situasi dibawah sebelum saya panjangkan catatan ini.

Situasi Pertama

Meredah laluan berlekok waktu malam di Kuala Berang dari bandar Permaisuri memang menjerihkan. Jalan yang tak sekata, gelap dan diselubungi ladang kepala sawit. Hampir dua puluh minit pemanduan, kereta meragam. Terhenti. Lampu dan penghawa dingin kereta padam. Engine belt putus. Gerimis membasahi jalan. Lama kelamaan lebat. Jam menjangkau 0200 pagi. Tiada kereta mahupun kenderaan yang berlalu untuk meminta bantuan. Tiada binaan rumah ataupun kawasan habitasi manusia disekitar. Arrghhh, apa yang harus di buat?   

Situasi Kedua

Bahang matahari mula mencucuk tubuh. Panas dan berpeluh. Berat untuk ke bilik air dan mandi. Anak-anak jiran terpekik-pekik main tuju tin depan rumah. Bingit. Ikutkan hati, mahu ditampar kesemuanya. Bekalan air pula terputus. Terus mencapai alat kawalan jauh televisyen. Kartun, kartun dan kartun. Nak tidur semula, sakit kepala. Nak keluar rumah, masih belum mandi. Nak makan, tiada stok makanan. Bosanlah! Semuanya serba tak kena. Jiwa kosong!

Situasi Ketiga

Vila berdinding kaca atas Bukit Tinggi itu dulu memang megah dan cantik. Serinya memancar. Tak berkelip mata orang melintasi lereng bukit itu kerana melihat kehalusan seni reka dan kombinasi warna yang sungguh memukau. Kini, ia pudar. Tenggelam dengan mabuk dunia dan lekit dosa. Anak-anak Dato’ Y bergelumang dengan rutin yang merenyahkan. Pemergian ayahanda sedikit pun tidak terbias iman pada kesemua anak-anaknya. Sudah tiada lagi haruman vila, tapi hanyir duka. Read the rest of this entry

Tazkirah Ramadhan (9) Recharge Ramadhan

Bismillah wa Alhamdulillah

Sepuluh Ramadhan telah berlalu pergi. Ia tak akan kembali hingga kita bertemu lagi pada tahun hadapan. Bagi orang yang beriman, mereka terlalu asyik dan pesona menunaikan ibadah kerana semakin hari semakin merasai natijah kemanisan iman, ilmu dan amal. Manakala, bagi sebahagian yang lain, mereka hanyut kerana gagal menghayati keunikan Ramadhan yang penuh dengan ganjaran mulia di sisi Allah SWT.

Marilah kita mengamalkan do’a Rasulullah SAW, Read the rest of this entry

Tazkirah Ramadhan (8) Mengejar Ilmu

Bismillah wa Alhamdulillah

Ramadhan yang hadir sewajarnya dijadikan pemangkin untuk mendalami ilmu. Jiwa yang dilentur dengan ibadah puasa menjadikannya lebih lazat untuk mendakap ilmu khususnya ilmu agama. Jangan biarkan diri kita lapar dan haus dengan limpahan ilmu. Biarlah perut dan poket kita kosong, tetapi hati dan rohani kita subur dengan benih-benih ilmu.

Inilah peluang untuk kita menggagahkan diri mentadabbur intipati Al-Qur’an ketika bertadarrus. Memahami apa yang tersurat dan tersirat disebalik keindahan ayat-ayat suci Al-Qur’an. Benar, setiap kali kita membaca dan memahami Al-Qur’an, ia membuka lebih luas ufuk pemikiran sehingga kita tidak rasa jemu untuk terus membaca Al-Qur’an. Read the rest of this entry

Tazkirah Ramadhan (7) Demi Masa

 

Bismillah dan Alhamdulillah.

Dalam Al-Qur’an banyak sekali Allah menggunakan kalimah Qasam (sumpah) bersandarkan masa seperti Wal ‘Asr, Wad Dhuha, Wal Fajr, dan Was Shams. Ini membuktikan kepentingan masa yang tiada tolok bandingannya. Maha Suci Allah yang menjadikan satu makhluk yang bernama ‘Waktu’ sebagai ukuran kehidupan manusia. Read the rest of this entry

Tazkirah Ramadhan (6) Tetapkanlah Hati Kami, Ya Allah

 Sheikh Al-Qahthan menyampaikan ceramah kepada khayalak dan menceritakan sebuah cerita yang diperolehi daripada seorang pemuda.

Seorang pemuda bertemu dengan Syeikh tersebut dan menceritakan satu perihal yang boleh dijadikan teladan kepada kita semua.

Terdapat seorang pemuda soleh yang menemani pemuda tersebut belayar di atas kapal. Mukanya bersih dan jernih. Dia seorang pemuda yang sangat taat kepada Allah. Bila tiba waktu solat, dia akan mengumandangkan azan dan mengajak orang lain untuk turut bersolat bersamanya.

Setelah berlayar terlalu jauh, kapal tersebut singgah di sebuah pulau dalam gugusan Kepulauan Hindi. Semua anak kapal turun ke darat. Ada diantara mereka yang bersiar-siar sambil melihat keadaan di kawasan tersebut dan ada juga yang melakukan aktiviti-aktiviti tidak berfaedah dan melakukan maksiat kepada Allah. Read the rest of this entry

Tazkirah Ramadhan (5) – Jom Bangun Malam

 

Bismillah Ar-Rahmaan Ar-Raheem

Alhamdulillah.

Perihal bangun malam ini disebut oleh Allah SWT secara jelas dan tuntas dalam Al-Qur’an khususnya menerusi Surah Al-Muzzammil. Mari kita lihat maksudnya ;

Wahai orang yang berselimut \ Bangunlah (untuk solat) di malam hari kecuali sedikit dsripadanya \ Iaitu seperduanya atau kurang dari seperdua itu \ Atau lebih dari seperdua itu, dan bacalah Al-Qur’an dengan perlahan-lahan \ Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat \ Sesungguhnya di waktu malam lebih tepat (untuk khusyu’) dan bacaan pada waktu itu lebih berkesan \ Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang banyak \ Sebutlah nama Tuhanmu dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan \” (Surah Al-Muzzammil : 1-8)

 

Kita akan dapat merasai ketenangan dan ketenteraman hati yang sukar nak digambarkan sekiranya kita solat dengan penuh ikhlas di malam hari. Bisikkanlah dan mengadulah pada-Nya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Read the rest of this entry

Tazkirah Ramadhan (4) – Ithar dan Banyak Memberi

 

Bismillah Ar-Rahmaan Ar-Raheem

Alhamdulillah.

Ithar itu adalah mengutamakan orang lain. Di bulan Ramadhan ini kadang-kadang kita terlupa keadaan orang lain. Lauk pauk di rumah ada bermacam-macam jenis. Malangnya, jiran kita hanya makan dua jenis lauk bersama anak-anaknya yang ramai. Tidakkah kita teringin nak memberikan sedikit juadah kepada jiran kita itu?

Ada masanya kepentingan kita terpaksa dikorbankan demi untuk mengutamakan orang lain. Sebutnya mudah bukan? Tapi, aplikasinya agak berat. Tapi, itulah pujian yang Allah iktiraf kepada golongan Ansar yang sanggup mengutamakan golongan Muhajirin walaupun mereka sendiri dalam keadaan payah. Read the rest of this entry

Tazkirah Ramadhan (3) – Peluang Upgrade Solat

Bismillahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillah, bila berpuasa kita dapat upgrade solat menjadi lebih baik. Masih belum terlewat untuk memperbaiki amalan yang penting ini!

Rasulullah SAW pesan kepada kita bahawa solat merupakan amalan pertama yang akan disoal oleh Allah di Akhirat nanti. Jika baik solat kita, insyaAllah yang lain semuanya lulus. Jika sebaliknya, masyaAllah… Read the rest of this entry

Tazkirah Ramadhan (2) – Panas Terik dan Kesabaran

Malam semalam berpeluang menghayati alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an dari Syeikh Jibril ketika mengimamkan solat Tarawih di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Syahdu dan menenangkan. Antara bacaannya (maksud firman Allah),

Dan mohonlah bantuan pertolongan (daripada Allah) dengan sabar dan sembahyang“.

Iya, sabar dan solat menjadi key points yang utama dalam memaknakan puasa di bulan Ramadhan. Ramadhan itu berasal dari perkataan ‘Ramadh’ yang bermaksud panas terik. Bukankah dalam suasana panas yang menyengat, kita terlalu dahaga dan letih? Namun, disebabkan kita beriman dan bersabar, ibadah puasa dapat dijalani dengan penuh keinsafan Read the rest of this entry

Tazkirah Ramadhan (1) : Puasa dan Taqwa

Allah SWT berfirman yang bermaksud,

‘Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sepertimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa(Surah Al-Baqarah : 183)

Alhamdulillah, doa yang kita selalu sebut dan hayati menjelang Rejab (Ya Allah, sampaikanlah aku pada bulan Rejab,, Sya’aban dan Ramadhan) akhirnya telah dimakbulkan Allah. Tidak putus-putus kita berdoa kerana kita faham dan yakin bahawa Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan kerahmatan, kasih sayang Allah, kemanisan dan keampunan. Bulan yang ditunggu-tunggu sebagai turning point ke arah hidup yang lebih baik. Read the rest of this entry